Friday 26 August 2011

SUSU KAMBING DALAM MERAWAT PENYAKIT ASMA

Penyakit asma sering dikaitkan dengan masalah sesak nafas.Penyakit asma dikategori kepada dua jenis, iaitu penyakit asma bronchial dan penyakit asma kardial. Asma bronchial adalah asma yang disebabkan keadaan tidak selesa pada bronchus yang merupakan penyakit tertentu. Gejalanya yang disebabkan oleh penyakit ini adalah sesak nafas akibat kekejangan otot bronchus sehingga lubang bronchus menyempit (stenosis).

Asma kardial atau asma jantung adalah sesak nafas yang disebabkan oleh penyakit jantung. Biasanya jantung kiri yang menjadi penyebab dan terjadi pada waktu malam.

Penyebab Asma

Secara umum asma akan menyerang manusia pada pebagai peringkat umur dan biasanya dikesan dengan gejala sesak nafas yang berlaku pada waktu malam . Beberapa faktor yang boleh menyebabkan asma sebagai berikut:
  • Alergi terhadap bulu binatang, bahan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan, dan debu.
  • Faktor bawaan atau jasmani.
  • Tekanan pada saraf vagus, terutama jika mempunyai penyakit tuberkulosis pada paru-paru.
  • Kelenjar thymus yang tidak mengecil seperti biasa.Penyakit asma bronchial yang terjadi pada waktu haid, masa hamil, putus haid , cuaca lembab dan iklim yang berubah- ubah.


 Pengambilan susu kambing secara kerap dapat merawat penyakit asma.

Fungsi susu kambing dalam merawat asma adalah meningkatkan daya tahan tubuh. Hal ini boleh terjadi karana fluorin yang bersifat antiseptik sekaligus antialergi yang terdapat dalam susu kambing mengaktifkan kerja sel-sel imunisasi.
Pesakit asma mengamalkan amalan meminum susu kambing sebanyak 150 cc per hari. Sebaiknya susu kambing diminum pada malam hari karana pemecahan kalori yang terjadi dapat menghangatkan tubuh. Rawatan dengan susu kambing  berhasil bagi mencegah batuk-batuk.. Susu kambing juga berkhasiat mencairkan lendir atau kahak.

Saturday 20 August 2011

Susu kambing dalam merawat pelbagai jenis penyakit.

Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman.
Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah. Terdapat 7% kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit- birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.
Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh seseorang itu.
Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.
Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.
Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.

Sistem imunisasi semula jadi yang terdapat dalam kandungan susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya daripada terus membiak.
Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium kerana mengandungi Bioorganic Sodium baik bagi rawatan mengurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semula jadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.
Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.
Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing pula dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning manakala kandungan silikon serta flourine yang tinggi dapat mencegah diebates malah turut mengandungi faktor antibarah.

Tuesday 16 August 2011

Kebaikan & khasiat susu kambing dalam merawat penyakit

  Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:




Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser & gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit- birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan.
Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu, ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganik Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganik Sodium yang tinggi. Bioorganik Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganik Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang berbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Monday 1 August 2011

MANFAAT KEPADA IBU YANG HAMIL

Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

MANFAAT KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.



MANFAAT KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.



MANFAAT-MANFAAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU KAMBING

Kandungan potassium & calcium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah.

Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Mengandungi bahan riboflavin

Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Mengandungi faktor anti barah.

Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Kandungan PH beralkali

Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

ASAL USUL SPESIES KAMBING






Domestikasi kambing merupakan domestikasi yang paling awal dilakukan umat manusia setelah domestikasi anjing. Asal mula kambing yang ada sekarang adalah kambing liar yang hidup di pergunungan yang ada di Asia Barat, Persia, dan sekitarnya. Sebahagian ahli penyelidik menduga kambing-kambing yang banyak dibudidayakan saat ini berasal dari keturunan kambing hias dan spesies Capra aegagrus yang hidup di Asia kecil di daratan Persia, Capra falconeri dari sekitar pegunungan Himalaya, dan Capra prisca yang hidup di sekitar pantai mediterania.

Sejarah Kambing

Kambing lokal (Capra aegagrus hircus) adalah sub spesies dari kambing liar yang tersebar di Asia Barat Daya dan Eropah. Kambing liar jantan dan betina memiliki sepasang tanduk, namun tanduk pada kambing jantan lebih besar.

Umumnya, kambing mempunyai janggut, dahi cembung, ekor agak ke atas, dan kebanyakan berbulu lurus dan kasar. Panjang tubuh kambing liar, tidak termasuk ekor, adalah 1,3 meter - 1,4 meter, sedangkan ekornya 12 sentimeter - 15 sentimeter. Berat kambing betina 50 kilogram - 55 kilogram, sedangkan yang jantan boleh mencapai 120 kilogram.

Kambing liar tersebar dari Sepanyol ke arah timur sehingga ke India, dan dari India ke utara sehingga ke Mongolia dan Siberia. Habitat yang disukainya adalah daerah pegunungan yang berbatu-batu. Kambing sudah dibudidayakan manusia kira-kira 8000 hingga 9000 tahun yang lalu.

Di alam aslinya, kambing hidup berkelompok 5 sampai 20 ekor. Dalam pengembaraannnya mencari makanan, kelompok kambing ini di pimpin oleh kambing betina yang paling tua. Kambing jantan berfungsi sebagai penjaga keamanan rombongan. Waktu aktif mencari makannya siang maupun malam hari. Makanan utamanya adalah rumput-rumputan dan dedaunan.